Wednesday, May 20, 2009

meh ambik peksa...

lagi tag dr mama maryam...

Marilah menjawab soklan-soklan peperiksaan surirumah dan jenama bahagian 1 ini...Soklan2nya adalah seperti berikut...

1) Kat umah basuh baju pakai sabun jenama apa?
untuk washing machine jenama TOP, untuk rendam guna BIOZIP Floral dan sabun buku Kuat harimau (kuat ker?)

2) Pakai softener tak?
pakailah. yg ada kat umah skarang ni Softcare. Kengkadang Soflan, kengkadang Daia. ikut suka aku lah... aku yg beli... tapi pasti bau rose. cari yg murah time tu...

3) Basuh pinggan?
Glo. bau green tea dia best gila...

4) Hand wash pula?
Pureen. dpt free masa beli chemnya bottle liquid cleanser.

5) Sabun mandi/shower foam?
Skarang ni aku tengah mengabiskan stock2 lama. maklumlah aku ni jenis yg suka membeli. nampak murah je beli. so, skarang ni tahan diri dr membeli dan habiskan dulu mana yg ada. Radox oxigen dan sabun buku lux warna ala2 biru hijau tu... chem guna pureen warna biru. dia nyer stock pun banyak. sume saiz jumbo. dpt hamper masa dia baru lahir haritu...


6) Syampu?
Clear warna biru. Ni pun nak habiskan stock. dan aku baru beli Sunsilk hair fall control. botol paling kecik. serius rambut aku banyak gugur lepas bersalinkan chem. dah nak botak dah rasanya. chem lak guna pureen warna oren.

7) Ubat gigi pula bagaimana?
selalu guna colgate, tapi yg aku baru beli hari tu darlie. Fresh n Brite. tetiba lak murah darlie ni.

8) Berus giginya?
aku suka guna Jordan. kengkadang beli Oral B.

9) Cuci lantai?
Aganol lime. beli masa nak pindah rumah hari tu. beli 2l + 1l dpt satu botol sos. hehehe...

10) Cuci mangkuk tandas?
Harpic gak. warna kuning.

11) Tisu Muka?
yg ni aku guna Royal Gold 3 ply twin color. masa gi umah cikgu ct hajar (AF) hari tu (dah lama dah) dia guna tisu ni. cam best jerk.. mahal skit. tapi best. taklah tarik berhelai2 semata2 nak lap tangan yg basah sebab dia tebal...

12) Tisu kat dapur tu?
Royal Gold juga... kengkadang kleenex... kengkadang premier... ikut suka tangan aku jer nak ambik yg mana satu...

Soalan subjektif dah siap. tunggu arahan seterusnya dari mamamaryam...

Mamamaryam, part 2 ni objektif ker subjektif?


~ kepada sume follower yg ader dlm list aku... sila jawap soklan peksa ni...
~ x terkecuali Mrs. Remy Rizal. silalah jawap walaupun anda tiada dalam list follower tu...
kwang kwang kwang...

Friday, May 15, 2009

lagi gambar kat kl tower....

yg ni gambar masa hari jumaat yg x jadi naik menara kl tu. dalam kedai 'the zon duty free'...

me and my chemz


yanti, chemz, me, daniel dan mama

dia lagi...

ni pun hasil dari menggodek dan memblutut gambar dr hp jerrey... tetiba terada mood lak nak post kat blog...


cute tk chemz ngan sheep snowcap dia yg jerrey beli masa gi korea dulu...
(perasan x aku kat blakang tu.. he..he..he..)
chemz dgn headband nyer... testing jerk...
headband ni lah penyelamat chemz dr dikata lelaki
chemz ngan ayah yg memang suka bergambar.
masa ni kat syed bistro bangsar, 11/05/09
bonda teringin nak makan roti tisu...
lagi gambar di kl tower.
di snap oleh daniel.
p/s : mama maryam, tag tu nanti ek kita jawab.

chemz lagi...

hari ni chemz dah berusia enam bulan. x sangka. kejap sungguh.... rasa cam baru jer mengandungkan dia... skarang ni chemz dah pandai buat aksi depan camera... pantang sebut 1 2 3 depan camera, mesti dia gelak...


chemz baru nak start mengesot ke depan, tapi dia ni malas skit... 2 3 kali cuba dah telentang balik... dah pandai pegang botol sendiri... dah pandai hulur tangan minta didokong. apalagi kalo nampak aku datang... tido dah lasak... nak pusing2. terpaksalah bonda ngan ayah dia jadi penghadang kiri dan kanan... semoga chemz akan membesar dengan sihat dan gembira. bonda dan ayah akan cuba buat yg terbaik untuk chemz.

Thursday, May 14, 2009

bonda & mama...


ni laks gambar bonda chem ngan mama maryam...

tapi gambar ni masa aku lum kawen lagi... mama maryam lak baru jer kawen...

chemz dan maryam yg comel...

setelah ku godek2 jerrey nyer hp, ku jumpalah gambar2 ni. lupa nak upload.. rasanya ni masa bulan April kot... ku, jerrey, chemz, uji, amad dan yam di jusco mid valley... tapi yg ader gambar chemz ngan yam jerk..
ni la kawan lepak chemz kat umah (mak2 yg lepak yg sebenarnya)
cutekan diorang ni ... cumels sangat...

Ni lah budak2 skarang... tau jerk kita ambik gambar dia...

Tuesday, May 12, 2009

Hi-Tea d Restoran Berputar Sri Angkasa, Menara KL

ni citer minggu lepas la... x sempat nak publish. masa cuti hari buruh tu (1st May), pepagi lagi i dah menepek kat umah my SIL. masa tgh borak2 tu dia kata, daniel (anak dia) ajak dia pegi KL Tower. x penah naik katanya. my SIL kata ok gak kan, leh pegi hi-tea kat restoran berputar tu skali... so my SIL suh tanya my hubby (merangkap adik dia) free x petang ni. and then, my hubby said 'oklah'. so petang tu kitorang (my hubby-jerrey, i, chemz, my younger sister-intan, SIL-yanti, daniel and MIL-mama) pun pegilah.
sampai kat sana, restoran tu full... so, kitorang yg tgh berkobar2 ni x dpt lah masuk... tapi, my SIL buat reservation untuk hari ahad... jadinya kitorang cuma beli jajan skit kat 'the Zon duty free shop'. Then i cakap kat my SIL, jom gi Sogo jap. ada sale untuk baby. so... Zzzzooommm to Sogo.
Memandangkan masa x berapa mengijinkan, i sempat rembat skit jer barang. 2 botol susu pureen, 1 kasut looney tunes, 1 hallmark milk stacker, 1 hallmark feeder set and 1 hallmark spill cup set. (sikit ker¿). my MIL sempat beli Lancome Magnifique. and then kitorang terus balik memandangkan diorang2 ni nak cepat mengejarkan bola live malam tu...
Hari ahad pun tiba.... dr pagi memang x makan (poyos jer kan). kitorang gerak dlm kul 2.30 pm. memandangkan kitorang sampai awal dlm kul 3 pm (hi-tea start kul 3.30pm), kitorang pun pusing2lah jenguk2 kedai yg ada kat situ. Kali ni my younger SIL (putri) pun ikut serta... Kul 3.20pm, kitorang dah dibenarkan naik... apa lagi... makan time.... pada pendapat aku, ok lah... banyak gak pilihan. taste pun ok. mana x ok kan? bayar pun boleh tahan... kitorang ader kat situ sampai kul 5.15pm. bila turun, putri and daniel masuk animal zone. kitorang yg x masuk ni, tunggulah kat luar...


me, jerrey and chemz


me, chemz and intan


kak yanti makan dengan lahap nya. me, putri and mama chemz and ayahanda dlm lif masa nak turun.
don't u think - like father like daughter.

p/s : ni la 1st time aku gi kl tower.

Monday, May 4, 2009

Habislah aku....

hari rabu lepas aku EL sebab nak siapkan jahit manik kat baju alang. dia nak pakai baju tu masa nikah hari jumaat. kalo aku tak cuti kang tak siap lak baju tu.... masa ni jerrey xder, di outstation kat penang. dia bawa kete aku letak kat opis so keta dia tinggal lah kat aku. nak dijadikan cerita, dlm kul 9 lebih aku hantar lah chem kat umah bbsitter. (kalo aku x antar supe aku x cuti). pastu aku gi lah kat kete dgn hajat nak alih kan kete kat tempat lagi redup. bila aku start kete, pastu nak reverse... tetiba ader bunyi... kreeeekkkkk!!! skali aku tengok, bumper depan kete dah tertanggal. Masyallah.... mampus aku... dah lah kete jerrey...
aku call jerrey, bagi tau dia... dia suh cari sesaper untuk betulkan.... aku panggillah abg man (kebetulan ada kat situ). dia tolong ikatkan bumper tu ngan tali. ingat nak hantar kedai tapi 'kawan baik jerrey' (sila tengok entry blog yg lepas) tipon aku. dia tanya apa dah jadi... so dia kata takpe, jap lagi dia dtg... huh! baik tul, dr pudu dtg bangsar. dia datang ngan shumi naik kete atos aku (jerrey tinggalkan kunci kat dia)(x ke kawan baik tu). dia ikat lah kemas2 lagi bumper tu, dan terus bawak gi opis... aku cakap lah kat dia, buatlah camana2 pun, janji betul balik... tapi confirm, lepas ni dia x tinggalkan lagi kete ni kat aku... hik hik hik... ampun papa....


Ni lah Encik Mohd Azhar Bin Abu Yazid yg sedang mengikat bumper kete...