tengah pikir nak buat apa setelah berhenti kerja....
1st April 2002 aku start keje kat company ni.. AtoZ Motor Marketing Sdn Bhd. atoz ni jual kete hyundai. masa tu atoz hq ni kat TTDI. masa aku masuk, perabot sume berbalut lagi. PC pun ada 1 jer. dan aku admin staff yg ke
2. ada 6 branches. sehingga ke 18 branches seluruh malaysia. ada hyundai, proton dan suzuki. sangat seronok walaupun kerja banyak. dr TTDI pindah ke jln 222, PJ dan skarang di Taman Bayu Tinggi, Klang. dan skarang cuma ada 3 branches. hyundai di Taman Bayu Tinggi, Klang. Proton di changkat thambi dollah, pudu dan suzuki di jln kapar, klang. 31st July 2009 , aku tendered resign (one month notice) setelah lama cuba bertahan. ramai staff yg dah keluar masuk, tapi aku masih bertahan kat sini dan cuba terus bertahan. kerana aku ada tanggungjawab. tapi kali ni memang aku dah x tahan sangat. malas sebenar nya nak cari keje lain. malas nak tukar tempat keje tapi keadaan semakin menghimpit. sayang gila nak tinggalkan company ni, tapi aku terpaksa.
kalo aku mampu nak bayar balik sebulan gaji, aku nak tender 24 hours. hati aku dah tawar untuk terus berkhidmat kat sini. akulah yg paling akhir hantar surat resign kecuali despatch. kak laila dah last day 31/07/09 hari tu, 15/08/09 ni lak adam. 31/08/09 ni giliran aku ngan boss lak...
sampai hari ni aku masih x percaya yg aku dah tendered resign. in fact 30/07/09 aku menangis masa call my hubby untuk luahkan perasaan. masa boss panggil pasal my resign letter tu pun aku hampir nak nangis. aku tau, my boss faham kenapa aku resign. kalo aku yg hanya bekerja pun sayang nak tinggalkan company ni, apatah lagi boss aku yg membangunkan company ni dan aku juga tahu yg dia juga TERPAKSA tinggalkan company ni... setelah 10 tahun dia berusaha. 1st September 1999 ~ 31st August 2009. tapi aku percaya rezeki Allah yg tentukan. mungkin rezeki aku kat atoz sampai takat ni jer. mungkin Allah nak aku berusaha lebih gigih untuk ganjaran yg lebih... dan akhirnya aku resign tanpa ada offer... kerana apa? semuanya kerana
DELLOYD.