Monday, February 23, 2009

chem yang botak...

Lamanya korang kena tunggu kan. ntahlah xder mood sangat nak tulis. citer banyak sampai x tau yg mana satu nak citer dulu... tapi kali ni aku nak citer pasal chem yg dah botak...(cian kat dia).

08/02/09 hari tu, aku buat kenduri cukur jambul dan aqiqah si chem ni, itupun setelah beberapa kali tertangguh dengan pelbagai alasan ('diorang' yg banyak alasan) dan asyik tukar2 tarikh. (susah tul lah 'diorang' ni) dan apa yg terjadi pun x seperti yg dirancang (sume pasal 'diorang'. poyo tul. cakap x supe bikin). bengang tul aku. nasib baik lah kenduri ni untuk chem, kalo x dah lama aku angkat kaki balik rumah tido.


Ni lah chem setelah dibotak kan. kalo korang nak tau, aku sendiri pun x penah tengok si chem ni botak. dia ni lahir rambut lebat.












Ni lah chem beberapa minit selepas dilahirkan. (maafkan bonda ye, menceroboh hak asasi chem). diorang ni lah, x sabar2 nak ambik gambar chem. cian kat dia sejuk. kan banyak rambut tu....






tapi bila kenduri ni dah selesai, aku lega sesangat. skarang ni aku tengah tunggu gambar2 chem siap. lambat lah kawan aku ni. So, mr rizal, bila boleh siap gambar ni? penantian yg penuh penyeksaan. nanti bila aku dah dapat gambar, aku load kan gambar2 masa kenduri ni..

p/s : 1) skarang ni, chem dah start nak pusingkan badan (meniarap).
2) mesti korang tertanya-tanya kan, saper 'diorang' yg aku maksudkan tu.
'diorang' tu my mil and family (except my hubby)
3) my hubby kata pas ni dia dah x nak buat kenduri kat kl lagi. payah gila.