Showing posts with label darling chemz. Show all posts
Showing posts with label darling chemz. Show all posts

Monday, August 3, 2009

sehari bersama Ryan Raffael Bin Remy Rizal

~backdated story

24/07/09 mc tapi merayap ker damansara. hahaha... pagi tu actually ada appointment klinik untuk chemz... lepas checkup tu kami pun meroyan lah ker damansara. fetch stephanie and ryan dulu dan zzzooommm ker ikano... ahaksss... dgn tujuan nak cari apa2 aksesori burung wanita (kah kah kah... klakar gila bila dimelayukan 'ladybird' ni). jauhkan cari ladybird ni.. actually aku dah cari merata.. tapi cam biasalah benda2 jadah ni, kalo dicari memang x jumpa.. kalo dah tak nak tu melambak sungguh... LADYBIRD ni sebenar nya sempena tema hari jadi sweet little Maryam Jannah touched 1 party. tapi akhirnya, benda yg dicari x jugak jumpa walaupun sudah dirayau ker Ikano dan The Curve. tapi, jumpa small playland... so, chemz dan ryan enjoy main...








p/s : x sia2 aku bersusah payah cari baju bertemakan merah hitam ladybird sebab chemz menang categori best dress for kid/baby... baju nyer? nanti aku suh chemz pakai lagi skali dan ambil gambar sebab seperti biasa, aku x rajin nak snap gambar...

~ tgh fikir nak wat camner lak untuk chemz nyer 1st birthday. any idea? please feel free to share...

Sepetang di Taman Jaya

Smalam petang, setelah dari pagi tidak kemana-mana, aku, chemz, emma, farah dan intan menuju lah ke taman jaya untuk beriadah... menghabiskan masa dgn cara yg berfaedah... uji, maryam ngan ateh pun ader skali... sajer bawak anak2 main... yelah, aku kan ibu tinggal. (jerrey ker labuan) actually, ni lah kali pertama aku bawa chem gi taman mainan... tapi mood dia cam x berapa baik lah petang tu.. seperti biasa, aku x banyak snap gambar... aku pun x tahu kenapa.. ni 3 jer gambar yg ada dlm hp aku... akan ku ubah perangai ku supaya lebih mengabadikan kenangan aku ngan chemz...





habis main, makan eskrem... dan pulang ke pangkal jalan...
* yam! minggu depan kita gi lagi ek...

Thursday, July 2, 2009

jatuh katil!



smalam dlm kul 10.00 malam, aku masuk bilik nak tidurkan chemz... dgn keadaan aku pun mengantuk... ku tepuk-tepuk chemz tapi akhirnya ku yg zzzzzzzzzz......... tetiba ku dengar bunyi benda jatuh diikuti dgn bunyi chemz menangis dgn kuat... ku yg mamai-mamai terperanjat tengok anakku dah telentang atas lantai... chemz jatuh katil! dia bantai melalak... aku dukung dia. pujuk..nangis..pujuk..nangis... dr bilik ke ruang tamu ke bilik balik.. baru ku perasan ade merah kat dahi dia dah nak start benjol. jerrey xde, gi main futsal. ku tipon my sil, mintak ais kat dia ~ nak tuam chemz... sambil tuam, sambil tipon jerrey... x angkat... keep dialing... last2 dia angkat.. tu pun dia kata baru habis main. dah ada 19 miss call. ku suruh dia balik terus...

dahi chemz yg benjol...

nak tuam kan dia, tapi dia sebok nak pengang plastik ais tu... masuk mulut... dihisap2nya... aku tarik, dia marah... kubiarkan aja... janji dia diam, x nangis... ku bagi susu... ku tepuk2 and last, dia tido... harap2 dia x apa2...
padahal, baru tengahari tu, aku tipon uji, uji kata rayyan jatuh katil, demam dan muntah-muntah. aku kata harap-haraplah chemz x jatuh katil. tup tup, malam tu dah jatuh... tp harap-harap (harap lagi!) chemz x jatuh lagi...


Sunday, June 14, 2009

lawak gila....

smalam (14/06/09) aku, chem ngan intan ikut jerrey gi kerja. (dia ada function kat jln gombak) bosan duduk rumah sebenarnya.... dlm kul 12.30 function abis... so kitorang pun menujulah ker Carrefour wangsa maju dgn tujuan nak beli chem nyer baby bites.

so bila masuk carrefour, sambil mata melilau lilau, jerrey tuju ke tempat laptop... dan kitorang jumpa benda ni...


lawak gila seh.... aku rasa klakar sangat software ni... oh ye! kalo korang x tau apa yg klakar nya.. (ye lah, kalo tgk gambar ni cam xde apa2 yg pelik). cermin mata kat mata chem tu bukan kat muka chem sebenarnya... cermin mata tu, laptop tu nyer software... so bila korang tengok laptop yg ader camera ni... cermin mata tu akan cute2 melekat kat mata korang... kalo ada dua tiga orang, cermin mata tu akan bertukar tukar orang... hahahaha... lawak gila... (tapi, korang paham x apa yg aku cuba terangkan?)

Thursday, June 4, 2009

cermin oh cermin....

ni adalah kali pertama chem nak duduk dlm baby carrier dia... selama ni, kalo letak, mula lah dia melalak... skang dah ok dah... baru lah senang nak shopping... kalo x, mana nak pegang barang lagi, nak dokong dia lagi... tapi serius, bila nak tido malam baru terasa sakit bahu... lagi satu, aku baru testing2 guna sling ring, tp macam x confident jer... mungkin x berapa betul lagi kot. tapi xpe... akan diusahakan sehingga betul...


skarang ni chem suka sgt tengok cermin, siap buat memek muka lagi... kalo nangis pun, bila tunjuk jer muka dia kat cermin, terus senyap... siap boleh gelak lagi...

dan ayah dia memang suka layan chem kat cermin...



Friday, May 15, 2009

dia lagi...

ni pun hasil dari menggodek dan memblutut gambar dr hp jerrey... tetiba terada mood lak nak post kat blog...


cute tk chemz ngan sheep snowcap dia yg jerrey beli masa gi korea dulu...
(perasan x aku kat blakang tu.. he..he..he..)
chemz dgn headband nyer... testing jerk...
headband ni lah penyelamat chemz dr dikata lelaki
chemz ngan ayah yg memang suka bergambar.
masa ni kat syed bistro bangsar, 11/05/09
bonda teringin nak makan roti tisu...
lagi gambar di kl tower.
di snap oleh daniel.
p/s : mama maryam, tag tu nanti ek kita jawab.

chemz lagi...

hari ni chemz dah berusia enam bulan. x sangka. kejap sungguh.... rasa cam baru jer mengandungkan dia... skarang ni chemz dah pandai buat aksi depan camera... pantang sebut 1 2 3 depan camera, mesti dia gelak...


chemz baru nak start mengesot ke depan, tapi dia ni malas skit... 2 3 kali cuba dah telentang balik... dah pandai pegang botol sendiri... dah pandai hulur tangan minta didokong. apalagi kalo nampak aku datang... tido dah lasak... nak pusing2. terpaksalah bonda ngan ayah dia jadi penghadang kiri dan kanan... semoga chemz akan membesar dengan sihat dan gembira. bonda dan ayah akan cuba buat yg terbaik untuk chemz.

Thursday, May 14, 2009

chemz dan maryam yg comel...

setelah ku godek2 jerrey nyer hp, ku jumpalah gambar2 ni. lupa nak upload.. rasanya ni masa bulan April kot... ku, jerrey, chemz, uji, amad dan yam di jusco mid valley... tapi yg ader gambar chemz ngan yam jerk..
ni la kawan lepak chemz kat umah (mak2 yg lepak yg sebenarnya)
cutekan diorang ni ... cumels sangat...

Ni lah budak2 skarang... tau jerk kita ambik gambar dia...

Monday, April 13, 2009

alahai chempaka....

saja nak share gambar-gambar chempaka dengan pelbagai aksi...



gambar ni snap semalam 13/04/09 kat umah kak yanti. chem tengah tido dengan nyenyaknya....







Ni lak malamnya, dalam buaian. boleh nampak x muka dia? I rasa dia ikut perangai i lah... suka tutup muka bila tido... siap hisap jari lagi... suka hati ko lah chem... zzzzzzzzzzzzzzzz!!!!!!!!!!









tengok! punyalah malas nak pegang dianyer teether. nampak x lidah dia?




Ni lah yg x tahan ni.... hisap jari kaki... org tua2 kata kalo anak buat gaya cam ni maknanye dia nak dapat adik lagi... ADIK? takutnya!!!! ko biar betul chem... kang kurang kasih sayang kang baru tau... jangan cari pasal... tapi kalo ada nak wat camner kan.. terima jelah...
p/s : papa, dah sedia ker? tu lah, mama dah kata jangan, janganlah... hahahahaha!!!!!!!!!!!









Monday, February 23, 2009

chem yang botak...

Lamanya korang kena tunggu kan. ntahlah xder mood sangat nak tulis. citer banyak sampai x tau yg mana satu nak citer dulu... tapi kali ni aku nak citer pasal chem yg dah botak...(cian kat dia).

08/02/09 hari tu, aku buat kenduri cukur jambul dan aqiqah si chem ni, itupun setelah beberapa kali tertangguh dengan pelbagai alasan ('diorang' yg banyak alasan) dan asyik tukar2 tarikh. (susah tul lah 'diorang' ni) dan apa yg terjadi pun x seperti yg dirancang (sume pasal 'diorang'. poyo tul. cakap x supe bikin). bengang tul aku. nasib baik lah kenduri ni untuk chem, kalo x dah lama aku angkat kaki balik rumah tido.


Ni lah chem setelah dibotak kan. kalo korang nak tau, aku sendiri pun x penah tengok si chem ni botak. dia ni lahir rambut lebat.












Ni lah chem beberapa minit selepas dilahirkan. (maafkan bonda ye, menceroboh hak asasi chem). diorang ni lah, x sabar2 nak ambik gambar chem. cian kat dia sejuk. kan banyak rambut tu....






tapi bila kenduri ni dah selesai, aku lega sesangat. skarang ni aku tengah tunggu gambar2 chem siap. lambat lah kawan aku ni. So, mr rizal, bila boleh siap gambar ni? penantian yg penuh penyeksaan. nanti bila aku dah dapat gambar, aku load kan gambar2 masa kenduri ni..

p/s : 1) skarang ni, chem dah start nak pusingkan badan (meniarap).
2) mesti korang tertanya-tanya kan, saper 'diorang' yg aku maksudkan tu.
'diorang' tu my mil and family (except my hubby)
3) my hubby kata pas ni dia dah x nak buat kenduri kat kl lagi. payah gila.