Thursday, August 27, 2009

hurm...

hari ni adalah hari terakhir aku di atoz. separuh dr kotak2 aku sudah di bawa balik.. masih ada lagi 3 kotak...
happy?... ntahlah
apa yg akan terjadi seterusnya? aku pun x pasti...
hope aku akan dpt kerja yg lebih baik secepat mungkin... insyaAllah
tapi semestinya selepas raya... itu pasti
oktober mungkin... ermmm...
ada a few gift from office mates aku terima... will upload the photo later
sayu gila... itu sudah semestinya
tapi aku semakin berjaya menerima kenyataan yg aku akan tinggalkan opis ini.... alhamdulillah
semoga aku tabah... doakan

Monday, August 3, 2009

kenapa jadi camni?

tengah pikir nak buat apa setelah berhenti kerja....

1st April 2002 aku start keje kat company ni.. AtoZ Motor Marketing Sdn Bhd. atoz ni jual kete hyundai. masa tu atoz hq ni kat TTDI. masa aku masuk, perabot sume berbalut lagi. PC pun ada 1 jer. dan aku admin staff yg ke 2. ada 6 branches. sehingga ke 18 branches seluruh malaysia. ada hyundai, proton dan suzuki. sangat seronok walaupun kerja banyak. dr TTDI pindah ke jln 222, PJ dan skarang di Taman Bayu Tinggi, Klang. dan skarang cuma ada 3 branches. hyundai di Taman Bayu Tinggi, Klang. Proton di changkat thambi dollah, pudu dan suzuki di jln kapar, klang. 31st July 2009 , aku tendered resign (one month notice) setelah lama cuba bertahan. ramai staff yg dah keluar masuk, tapi aku masih bertahan kat sini dan cuba terus bertahan. kerana aku ada tanggungjawab. tapi kali ni memang aku dah x tahan sangat. malas sebenar nya nak cari keje lain. malas nak tukar tempat keje tapi keadaan semakin menghimpit. sayang gila nak tinggalkan company ni, tapi aku terpaksa.
kalo aku mampu nak bayar balik sebulan gaji, aku nak tender 24 hours. hati aku dah tawar untuk terus berkhidmat kat sini. akulah yg paling akhir hantar surat resign kecuali despatch. kak laila dah last day 31/07/09 hari tu, 15/08/09 ni lak adam. 31/08/09 ni giliran aku ngan boss lak...
sampai hari ni aku masih x percaya yg aku dah tendered resign. in fact 30/07/09 aku menangis masa call my hubby untuk luahkan perasaan. masa boss panggil pasal my resign letter tu pun aku hampir nak nangis. aku tau, my boss faham kenapa aku resign. kalo aku yg hanya bekerja pun sayang nak tinggalkan company ni, apatah lagi boss aku yg membangunkan company ni dan aku juga tahu yg dia juga TERPAKSA tinggalkan company ni... setelah 10 tahun dia berusaha. 1st September 1999 ~ 31st August 2009. tapi aku percaya rezeki Allah yg tentukan. mungkin rezeki aku kat atoz sampai takat ni jer. mungkin Allah nak aku berusaha lebih gigih untuk ganjaran yg lebih... dan akhirnya aku resign tanpa ada offer... kerana apa? semuanya kerana DELLOYD.

sehari bersama Ryan Raffael Bin Remy Rizal

~backdated story

24/07/09 mc tapi merayap ker damansara. hahaha... pagi tu actually ada appointment klinik untuk chemz... lepas checkup tu kami pun meroyan lah ker damansara. fetch stephanie and ryan dulu dan zzzooommm ker ikano... ahaksss... dgn tujuan nak cari apa2 aksesori burung wanita (kah kah kah... klakar gila bila dimelayukan 'ladybird' ni). jauhkan cari ladybird ni.. actually aku dah cari merata.. tapi cam biasalah benda2 jadah ni, kalo dicari memang x jumpa.. kalo dah tak nak tu melambak sungguh... LADYBIRD ni sebenar nya sempena tema hari jadi sweet little Maryam Jannah touched 1 party. tapi akhirnya, benda yg dicari x jugak jumpa walaupun sudah dirayau ker Ikano dan The Curve. tapi, jumpa small playland... so, chemz dan ryan enjoy main...








p/s : x sia2 aku bersusah payah cari baju bertemakan merah hitam ladybird sebab chemz menang categori best dress for kid/baby... baju nyer? nanti aku suh chemz pakai lagi skali dan ambil gambar sebab seperti biasa, aku x rajin nak snap gambar...

~ tgh fikir nak wat camner lak untuk chemz nyer 1st birthday. any idea? please feel free to share...

Sepetang di Taman Jaya

Smalam petang, setelah dari pagi tidak kemana-mana, aku, chemz, emma, farah dan intan menuju lah ke taman jaya untuk beriadah... menghabiskan masa dgn cara yg berfaedah... uji, maryam ngan ateh pun ader skali... sajer bawak anak2 main... yelah, aku kan ibu tinggal. (jerrey ker labuan) actually, ni lah kali pertama aku bawa chem gi taman mainan... tapi mood dia cam x berapa baik lah petang tu.. seperti biasa, aku x banyak snap gambar... aku pun x tahu kenapa.. ni 3 jer gambar yg ada dlm hp aku... akan ku ubah perangai ku supaya lebih mengabadikan kenangan aku ngan chemz...





habis main, makan eskrem... dan pulang ke pangkal jalan...
* yam! minggu depan kita gi lagi ek...