Monday, August 3, 2009

kenapa jadi camni?

tengah pikir nak buat apa setelah berhenti kerja....

1st April 2002 aku start keje kat company ni.. AtoZ Motor Marketing Sdn Bhd. atoz ni jual kete hyundai. masa tu atoz hq ni kat TTDI. masa aku masuk, perabot sume berbalut lagi. PC pun ada 1 jer. dan aku admin staff yg ke 2. ada 6 branches. sehingga ke 18 branches seluruh malaysia. ada hyundai, proton dan suzuki. sangat seronok walaupun kerja banyak. dr TTDI pindah ke jln 222, PJ dan skarang di Taman Bayu Tinggi, Klang. dan skarang cuma ada 3 branches. hyundai di Taman Bayu Tinggi, Klang. Proton di changkat thambi dollah, pudu dan suzuki di jln kapar, klang. 31st July 2009 , aku tendered resign (one month notice) setelah lama cuba bertahan. ramai staff yg dah keluar masuk, tapi aku masih bertahan kat sini dan cuba terus bertahan. kerana aku ada tanggungjawab. tapi kali ni memang aku dah x tahan sangat. malas sebenar nya nak cari keje lain. malas nak tukar tempat keje tapi keadaan semakin menghimpit. sayang gila nak tinggalkan company ni, tapi aku terpaksa.
kalo aku mampu nak bayar balik sebulan gaji, aku nak tender 24 hours. hati aku dah tawar untuk terus berkhidmat kat sini. akulah yg paling akhir hantar surat resign kecuali despatch. kak laila dah last day 31/07/09 hari tu, 15/08/09 ni lak adam. 31/08/09 ni giliran aku ngan boss lak...
sampai hari ni aku masih x percaya yg aku dah tendered resign. in fact 30/07/09 aku menangis masa call my hubby untuk luahkan perasaan. masa boss panggil pasal my resign letter tu pun aku hampir nak nangis. aku tau, my boss faham kenapa aku resign. kalo aku yg hanya bekerja pun sayang nak tinggalkan company ni, apatah lagi boss aku yg membangunkan company ni dan aku juga tahu yg dia juga TERPAKSA tinggalkan company ni... setelah 10 tahun dia berusaha. 1st September 1999 ~ 31st August 2009. tapi aku percaya rezeki Allah yg tentukan. mungkin rezeki aku kat atoz sampai takat ni jer. mungkin Allah nak aku berusaha lebih gigih untuk ganjaran yg lebih... dan akhirnya aku resign tanpa ada offer... kerana apa? semuanya kerana DELLOYD.

4 comments:

  1. weiii...sedih baca kisah ko...delloyd tu sejenis apa???haiwan???atau manusia???ce ko terangkan...
    pepun dun wori...rezeki ada dimana2...mungkin itu yang terbaik telah ko lakukan...

    ReplyDelete
  2. mat jery dah hantar surat tukar ke JAB PENERANGAN WP LABUAN...opis labuan dah terima dia secara bubble..ekoran itu..dia nak kena jual kete dan sumer perabot yg ada..dgn harapan dilabuan nt dpt lah melaram dengan EVO 10...

    ReplyDelete
  3. Salam Dear,
    Sedih kak Jun baac luahan you ni. Ta apa...kak Jun pernah lalui detik yang sangat pedih ini sewaktu resign dari majalah Jelita dahulu sebab itu adalah cinta mati kakJun. DAri ting: 4 dah berangan nak kerja kat situ sebab kak Jun suka menulis dan kak Jun mahu tulisan kak Jun itu disiarkan di majalah kesayangan kak Jun sahaja. Tapi selepas 15 tahun, kak Jun ambil keputusan berhenti -- dan macam u juga kak Jun menangis -- macam orang putus cinta. Kak Jun tak sangkan akan tinggalkan majalah tu. Bukan sebab dah tak pandai menulis tapi jiwa dah kering kerana keadaan sekeliling yang jah berbeza dari 15 tahun lalu. Banyak kenangan. Dan masa kak Jun berhenti dulu pn kak Jun tak ada tempat lain nak pergi. Tapi...alhamdulillah, Allah yang bagi kita rezeki. Walaupun terpaksa lalui banyak cabaran sebab dah di luar comfort zone, tapi ini lebih baik lagi. Sekarang kak Jun manusia yang paling bahagia dan redha saja dengan apa yang sudah Allah tentukan. Jadi, jangan putus asa tau. wasalam.

    ReplyDelete